Archive for 06/10


.


5.02.2010..

pagini..mama akan disemadikan untuk selamanya..aku pegang tangan, badan dan kaki mama..sejuk.

aku dan adikku sama2 tolong memandikan mama. seperti hari2 lalu tapi..kalini mama tidak bernyawa..

aku mengucup dahi mama buat kali terakhir..insan yang amat ku sayang telah tinggalkan aku sekeluarga untuk selamanya..

aku tak dapat tahan air mata walaupun semalaman aku menangis..

saat jenazah arwah mama diusung untuk dimasukkan ke dalam van mayat..aku lihat..terlalu ramai orang dikawasan rumahku..tak pernah aku lihat seramai tu pada satu2 masa..aku bersyukur kerana ramai yang memberi penghormatan buat kali terakhir untuk mama..

tiba di tanah perkuburan..jenazah mama telah dimasukkan.saat ditimbus tanah, hatiku sebak. tak dapat aku gambarkan perasaan aku masa tu..

pagi jumaat yang mulia...mama tercinta selamat dikebumikan..

talkin dibacakan..air mata ku berguguran lagi..

aku dan keluarga meninggalkan jasad mama disitu..sesungguhnya aku harus pasrah dan reda dengan ketentuan ilahi..sampai masa,aku pun akan pergi untuk ikut mama..

mama..akan ku pegang amanah mu..aku akan menjaga adik2..semoga mama tenang dan damai disana..sesungguhnya aku percaya..Allah lebih sayangkan mama sebab tu Allah taknak biarkan mama tanggung derita lama2..

anak2 mama dan ayah terlalu sayangkan mama..

perginya insan yang bergelar mama..


.

4.02.2010..

pagi tu..masa aku dan adikku mandikan mama macam biasa, keadaan mama tak sama seperti selalu. nampak sangat perbezaannya..
selalu mama tak marah tapi pagi tu..mama lain. aku hulurkan berus gigi tapi mama kata dia dah gosok gigi..aku diamkan. aku buka air untuk mandikan mama tapi tiba2 mama marah aku.. mama kata kenapa aku degil sangat..mama beria-ria cakap dah mandi..aku tak tahu kenapa saat tu aku menangis depan mama dan adikku. bila selesai mandikan mama, aku pakaikan mama telekung tapi mama cakap " sembahyang ke tak..sama je ".. saat tu air mata aku berjurai-jurai jatuh.. dalam hati aku bertanya..kenapa dengan mama..aku menangis semahunya..aku sedih..aku sebak..masa tu,hanya aku dan mama. tiba-tiba atok keluar dari bilik..atok nampak aku menangis..atok tanya kenapa..aku ceritakan semuanya..


sepatutnya hari tu, kami akan bawa mama ke hospital batu pahat. pukul 2 lebih, abang sedara aku datang bawa ambulan..mama tak boleh duduk lama..sebab tu kami gunakan ambulan yang dipinjam..kami bersusah payah untuk mengangkat mama ke atas tilam sepatutnya..aku terasa, saat itu mama begitu lemah..


pada aku,perjalanan ke sana terlalu lama..dengan keadaan jalan yang tidak begitu elok..mama terhentak-hentak..aku kesian sangat kat mama tapi apa yang patut aku buat..aku mengusap kepala mama..dan mama menggenggam tanganku seeratnya..sebelum ke hospital, kami singgah rumah sedara untuk berubat cara kampung..


tapi...kami tak lama disitu..tiba dirumah sedara, aku rasa ada yang tak kena. kami angkat mama dan letak diruang tamu rumah tersebut..aku ke dapur untuk memasak bubur buat mama tersayang..semua dah siap untuk aku suapkan mama tiba2 adik aku panggil..bila aku sampai ke rung tamu rumah tu..aku tengok ahli keluargaku menangis..saat tu,aku tahu yang mama ku telah tiada dibumi fana ni..

aku meraung..aku menangis semahunya..aku menjerit.. " ma..bangun ma..bangun.." hanya Allah yang tahu perasaan aku saat itu. aku hilang kawalan..aku tak dapat terima kenyataan..aku nampak ayah ku menangis..
sedare ku menyuruh kami adik beradik mencium ibu jari kaki mama kerana syurga kami ditelapak kaki ibu..ketika aku mencium..kaki mama sejuk dan keras...


saat dan tika itu..aku telah kehilangan insan yang telah melahirkan dan membesarkan aku adik beradik..apa yang terlintas dihati saat tu..aku dah takde mak..!!!!


petang tu juga kami uruskan proses sah kematian..malamnya, aku,ayah dan adikku menaiki van mayat untuk balik kluang..