" ingat..kalau kita tak berjaya sekarang, tak semestinya kau tak akan berjaya. mungkin rezeki kau bukan kat U tapi tempat lain. percayalah..selagi kita ada usaha dan doa, tuhan akan makbulkan. jangan peduli orang nak cakap apa. buktikan pada semua orang yang kau pun boleh berjaya..ingat tu.."
Archive for 2010
TERUSKAN PERJUANGAN MU..
.
masih segar diingatan..
.
4 ogos 2010...??
kadang2 aku macam terlupa tarikh tu..tak pasti sama ada sengaja atau tak..tapi bila tengok angka 4 tu..paham2 jela pendapat 1 malaysia kita..bila dikira dengan jari..disemak dengan kelendar..da 6 bulan rupanya aku dan adik2 tak ada mak..ayah aku tak ada isteri..atok aku tak ada anak dia..hmm..kalini panjang sikit keluhan aku walaupun aku tahu..tak baik mengeluh..andai ku tahu...ish..apa aku merepek ni..hehe..
pada aku..6 bulan ke..setahun ke..bertahun-tahun ke..aku tetap akan ingat tarikh tu..aku tetap akan ingat setiap yang berlaku pada hari tu..selagi aku berupaya untuk mengingat..dan aku juga tetap ingat yang sebelum tidur..aku akan sedekahkan al-fatihah untuk arwah mama...
.
tadi..masa aku tengah sidai kain..aku dapat ilham untuk blog aku..ermm..tapi kadang2 orang kata, sekadar berangan ataupun ilusi..aku pun tak pasti..blog aku ni kategori apa..tapi tak pela..aku sekadar meluahkan apa yang bermain difikiran..sekadar untuk berkongsi..
2hb julai 2010..
pukul 4.30 pagi tadi..aku terjaga dari tidur. sebabnya..aku bermimpi arwah mama. tapi..aku tak tahu kenapa seolah2 ianya benar dan aku dapat rasa. mungkin kerana aku terlalu rindukannya.sayangnya..mimpi aku tamat dalam keadaan sedih..hmm..
banyak isu yang aku nak tulis tapi perlu dikupas..masalahnya, malas laa pulak...
pada aku..mama adalah insan yang terhebat..terbaik..mama yang mengandungkan aku dan adik2, melahirkan kami, menyusukan kami, membesarkan kami dan mendidik kami hingga satu saat semua tu berhenti..kenapa..?? sebabnya..ALLAH SWT lagi sayangkan mama dari kami. disebalik kenyataan tu..mungkin juga ALLAH tidak mahu mama menderita terlalu lama..sesungguhnya, kami meredhai pemergiaanmu mama..
kawan2 yang masih ada insan yang bergelar mama, ibu, emak, umi, mammy or apa je panggilan yang menggambarkan dia adalah ibu..hargailah mereka. sayangilah mereka. kasihanilah mereka. lindungilah mereka. layanlah mereka sebaiknya. kerana.......sampai satu masa, kawan2 pun akan merasa kehilangan seperti yang aku rasakan. tapi mungkin waktu itu..kawan2 dah dewasa dan mampu untuk meneruskan kehidupan.. bila aku kehilangan mama..umpama aku kehilangan tempat bermanja, tempat mengadu, tempat untuk aku berkongsi rasa..kadang2 berkongsi minat..aku juga kehilangan seorang tukang masak yang hebat, seorang kawan yang baik, seorang yang sudi meminjamkan aku duit..hmm terlalu banyak kenangan antara aku dengan mama..tapi kini..semuanya telah berakhir. cuma yang ada sekarang, sebuah pusara berwarna putih, tulisan berwarna emas sebagai tanda ingatan untuk keluarga kami..
orang akan selalu kata.. " saya rindu awak..bila kita dapat jumpa.." tp rindu aku pada arwah mama, bagaimana pula..?? hmm...rindu aku hanya tuhan yang tahu..
kawan2..pernah tak kawan2 berfikir kenapa kita ada di dunia ni?? kita lahir atas dasar cinta antara ibu dan ayah kita..kita adalah penyambung zuriat mereka..sesungguhnya syurga kita terletak di telapak kaki ibu kita. bila kita kehilangan insan yang bergelar ayah..kita ibarat kehilangan ketua keluarga tapi bila kita kehilangan insan yang bergelar ibu..kita kehilangan tempat bermanja..tapi bila kita kehilangan teman istimewa, kawan, adik beradik..ibarat apa..?? kalau kawan2 tahu..mungkin kita boleh berkongsi pendapat..
sepatutnya..penulisan kali ni lebih ke arah mooddy tapi aku rasa macam dah lari dari topik...maaf ye kawan2.
cuma aku harap kawan2 yang membaca penulisan aku kali ni, dapat memberi respon tentang apa yang aku katakan. maaf sekali lagi sebab aku masih baru disini. mungkin ada yang salah dari segi tulisan tapi aku masih belajar untuk jadi terbaik..kita jumpa ditopik akan datang..wassalam..!
.
5.02.2010..
pagini..mama akan disemadikan untuk selamanya..aku pegang tangan, badan dan kaki mama..sejuk.
aku dan adikku sama2 tolong memandikan mama. seperti hari2 lalu tapi..kalini mama tidak bernyawa..
aku mengucup dahi mama buat kali terakhir..insan yang amat ku sayang telah tinggalkan aku sekeluarga untuk selamanya..
aku tak dapat tahan air mata walaupun semalaman aku menangis..
saat jenazah arwah mama diusung untuk dimasukkan ke dalam van mayat..aku lihat..terlalu ramai orang dikawasan rumahku..tak pernah aku lihat seramai tu pada satu2 masa..aku bersyukur kerana ramai yang memberi penghormatan buat kali terakhir untuk mama..
tiba di tanah perkuburan..jenazah mama telah dimasukkan.saat ditimbus tanah, hatiku sebak. tak dapat aku gambarkan perasaan aku masa tu..
pagi jumaat yang mulia...mama tercinta selamat dikebumikan..
talkin dibacakan..air mata ku berguguran lagi..
aku dan keluarga meninggalkan jasad mama disitu..sesungguhnya aku harus pasrah dan reda dengan ketentuan ilahi..sampai masa,aku pun akan pergi untuk ikut mama..
mama..akan ku pegang amanah mu..aku akan menjaga adik2..semoga mama tenang dan damai disana..sesungguhnya aku percaya..Allah lebih sayangkan mama sebab tu Allah taknak biarkan mama tanggung derita lama2..
anak2 mama dan ayah terlalu sayangkan mama..
perginya insan yang bergelar mama..
.
pagi tu..masa aku dan adikku mandikan mama macam biasa, keadaan mama tak sama seperti selalu. nampak sangat perbezaannya..
selalu mama tak marah tapi pagi tu..mama lain. aku hulurkan berus gigi tapi mama kata dia dah gosok gigi..aku diamkan. aku buka air untuk mandikan mama tapi tiba2 mama marah aku.. mama kata kenapa aku degil sangat..mama beria-ria cakap dah mandi..aku tak tahu kenapa saat tu aku menangis depan mama dan adikku. bila selesai mandikan mama, aku pakaikan mama telekung tapi mama cakap " sembahyang ke tak..sama je ".. saat tu air mata aku berjurai-jurai jatuh.. dalam hati aku bertanya..kenapa dengan mama..aku menangis semahunya..aku sedih..aku sebak..masa tu,hanya aku dan mama. tiba-tiba atok keluar dari bilik..atok nampak aku menangis..atok tanya kenapa..aku ceritakan semuanya..
sepatutnya hari tu, kami akan bawa mama ke hospital batu pahat. pukul 2 lebih, abang sedara aku datang bawa ambulan..mama tak boleh duduk lama..sebab tu kami gunakan ambulan yang dipinjam..kami bersusah payah untuk mengangkat mama ke atas tilam sepatutnya..aku terasa, saat itu mama begitu lemah..
pada aku,perjalanan ke sana terlalu lama..dengan keadaan jalan yang tidak begitu elok..mama terhentak-hentak..aku kesian sangat kat mama tapi apa yang patut aku buat..aku mengusap kepala mama..dan mama menggenggam tanganku seeratnya..sebelum ke hospital, kami singgah rumah sedara untuk berubat cara kampung..
tapi...kami tak lama disitu..tiba dirumah sedara, aku rasa ada yang tak kena. kami angkat mama dan letak diruang tamu rumah tersebut..aku ke dapur untuk memasak bubur buat mama tersayang..semua dah siap untuk aku suapkan mama tiba2 adik aku panggil..bila aku sampai ke rung tamu rumah tu..aku tengok ahli keluargaku menangis..saat tu,aku tahu yang mama ku telah tiada dibumi fana ni..
aku meraung..aku menangis semahunya..aku menjerit.. " ma..bangun ma..bangun.." hanya Allah yang tahu perasaan aku saat itu. aku hilang kawalan..aku tak dapat terima kenyataan..aku nampak ayah ku menangis..
sedare ku menyuruh kami adik beradik mencium ibu jari kaki mama kerana syurga kami ditelapak kaki ibu..ketika aku mencium..kaki mama sejuk dan keras...
saat dan tika itu..aku telah kehilangan insan yang telah melahirkan dan membesarkan aku adik beradik..apa yang terlintas dihati saat tu..aku dah takde mak..!!!!
petang tu juga kami uruskan proses sah kematian..malamnya, aku,ayah dan adikku menaiki van mayat untuk balik kluang..