" ingat..kalau kita tak berjaya sekarang, tak semestinya kau tak akan berjaya. mungkin rezeki kau bukan kat U tapi tempat lain. percayalah..selagi kita ada usaha dan doa, tuhan akan makbulkan. jangan peduli orang nak cakap apa. buktikan pada semua orang yang kau pun boleh berjaya..ingat tu.."
mesej yang aku simpan lagi sampai sekarang. terima kasih kat mereka yang tolong naikkan semangat aku semula. kalau ikutkan..da 3 tahun aku menganggur..walaupun hakikatnya dulu aku tolong arwah mak aku berniaga. dulu..aku malu jadi budak pasar tapi sekarang..semua dah berubah walaupun...aku dah tak berniaga lagi. pengalaman..kenangan..semua ada sepanjang aku jadi budak pasar..bangga pun ada sebab aku antara aweks yang kerja kat pasar.
tapi..masa tu aku penah terfikir..sampai bila aku nak jadi camni..kawan2 lain belajar, kerja tapi aku..masih duduk buat kerja yang sama..tolong buka payung niaga, angkat meja, susun barang..dulu..semuanya tak seronok untuk aku buat tapi..bila dikenang balik..itulah yang terindah.bukan semua boleh buat macam aku buat..kerja setia aku..menunggu pelanggan datang walau tengah panas atau hujan..aduhaii..bila aku imbas balik cerita ni..terlalu banyak yang nak diperkatakan tapi aku tak tahu nak masuk kat tajuk apa.haha..
apa yang kawan2 paham tentang teruskan perjuangan mu tu..?? ke sekadar ayat je..
sebenarnya, apa yang aku nak tulis ni berkaitan dengan apa yang berlaku pada aku untuk sebulan dua ni.pertama sekali..ayah aku bawa balik iklan sambung belajar secara jarak jauh..aku tengok iklan tu tapi tak pasti apa aku rasa. tiba2 datang semangat yang berkobar2 untuk aku teruskan perjuangan yang pernah terhenti satu tika dulu..lagipun, ayah yang cadangkan..aku setuju dan aku mulakan dengan membuat permohonan..
aku sendiri tak pasti bila tarikh aku hantar surat tu..tiba2 aku dapat surat tawaran yang aku dapat sambung belajar secara jarak jauh..alangkah gembira hati aku dan ayah aku..apa yang aku impikan selama ini bakal menjadi kenyataan..aku tersenyum puas.tapi...kosnya tinggi..
sekarang..setelah dua bulan berlalu..baru aku tahu bukan mudah untuk berjaya..dan bukan mudah untuk kita dapatkan apa yang kita mahu tanpa berusaha. aku belajar berdikari. aku belajar hidup tanpa orang tua di sisi. kebahagiaan aku,kegembiraan aku dikongsi bersama keluarga..aku tak pernah terfikir yang aku kena pergi sendiri ke tempat aku belajar. lagipun, bukan aku tak pernah memandu jauh sebelum ni tapi mungkin kerana aku perlu selesaikan semuanya sendiri.
betul laa..pengalaman mendewasakan aku..aku semakin matang dan berani untuk buat keputusan tertentu..tanpa mengharapkan simpati orang lain..sekarang..aku ada tugas yang perlu aku selesaikan..aku ada misi yang perlu aku teruskan..aku ada game yang perlu aku habiskan..dan yang pasti..aku ada impian yag perlu aku gapai sebelum aku jatuh ke bawah..
aku bangga menjadi seorang pelajar..aku bakal menjadi graduan yang ada ijazah..tapi aku perlu kuat..aku perlu rajin..aku perlu bersemangat untuk aku capai semua tu..cuma..aku kekurangan sokongan.aku tahu keluarga dan kawan2 banyak bagi semangat..ermm mungkin separuh dari semangat aku dah dibawa pergi bersama2 arwah mama..
blogni ibarat diari terbuka aku..kalau boleh,aku nak curah segalanya tapi..tak boleh buat macam tu..bahaya..andai kata ada kawan2 yang sama2 belajar dengan aku untuk kos BPM..anggap laa aku hanya meluah apa yang terbuku dihati..
ada sesuatu yang ingin aku kongsi kat sini..perkenalan singkat antara aku dengan kawan2 di tempat aku belajar buat aku sedar..umur tidak menghalang seseorang itu untuk berjaya..
ermmm...aku teringin nak ada akak yang best cam kak ayu, kak yumi. kak ita, kak kay, kak adha n kak huda..masing2 memang sempoi n hye pening..hehe
wahai akak2 sekalian..aten doakan semoga perkenalan singkat kita berkekalan sampai bila2.semoga kita berjaya genggam segulung ijazah dengan bangganya..walaupun perbezaan umur tak jauh mana, aten tetap hormat akak semua. aten tak banyak pengalaman macam akak semua. lagipun, siapa laa aten kalau nak diikutkan..
tapi..akak perlu tahu..aten hormat akak,respek akak and SAYANG akak semua..hehe..
tak tipu tau..ihklas dari sanubari..yela,aten mana ada akak..teringin nak disayangi olek akak walaupun bukan akak kandung..kalau akak2 sekalian jadi akak aten boleh tak..?? hehe..
(tempat aku belajar..taman molek,jb)
okey laa...sampai sini dulu coretan aku untuk tajuk ni..selamat maju jaya buat kawan2 seperjuangan..