.

tadi..masa aku tengah sidai kain..aku dapat ilham untuk blog aku..ermm..tapi kadang2 orang kata, sekadar berangan ataupun ilusi..aku pun tak pasti..blog aku ni kategori apa..tapi tak pela..aku sekadar meluahkan apa yang bermain difikiran..sekadar untuk berkongsi..

2hb julai 2010..

pukul 4.30 pagi tadi..aku terjaga dari tidur. sebabnya..aku bermimpi arwah mama. tapi..aku tak tahu kenapa seolah2 ianya benar dan aku dapat rasa. mungkin kerana aku terlalu rindukannya.sayangnya..mimpi aku tamat dalam keadaan sedih..hmm..

banyak isu yang aku nak tulis tapi perlu dikupas..masalahnya, malas laa pulak...
pada aku..mama adalah insan yang terhebat..terbaik..mama yang mengandungkan aku dan adik2, melahirkan kami, menyusukan kami, membesarkan kami dan mendidik kami hingga satu saat  semua tu berhenti..kenapa..?? sebabnya..ALLAH SWT lagi sayangkan mama dari kami. disebalik kenyataan tu..mungkin juga ALLAH tidak mahu mama menderita terlalu lama..sesungguhnya, kami meredhai pemergiaanmu mama..

kawan2 yang masih ada insan yang bergelar mama, ibu, emak, umi, mammy or apa je panggilan yang menggambarkan dia adalah ibu..hargailah mereka. sayangilah mereka. kasihanilah mereka. lindungilah mereka. layanlah mereka sebaiknya. kerana.......sampai satu masa, kawan2 pun akan merasa kehilangan seperti yang aku rasakan. tapi mungkin waktu itu..kawan2 dah dewasa dan mampu untuk meneruskan kehidupan.. bila aku kehilangan mama..umpama aku kehilangan tempat bermanja, tempat mengadu, tempat untuk aku berkongsi rasa..kadang2 berkongsi minat..aku juga kehilangan seorang tukang masak yang hebat, seorang kawan yang baik, seorang yang sudi meminjamkan aku duit..hmm terlalu banyak kenangan antara aku dengan mama..tapi kini..semuanya telah berakhir. cuma yang ada sekarang, sebuah pusara berwarna putih, tulisan berwarna emas sebagai tanda ingatan untuk keluarga kami..

orang akan selalu kata.. " saya rindu awak..bila kita dapat jumpa.." tp rindu aku pada arwah mama, bagaimana pula..?? hmm...rindu aku hanya tuhan yang tahu..

kawan2..pernah tak kawan2 berfikir kenapa kita ada di dunia ni?? kita lahir atas dasar cinta antara ibu dan ayah kita..kita adalah penyambung zuriat mereka..sesungguhnya syurga kita terletak di telapak kaki ibu kita. bila kita kehilangan insan yang bergelar ayah..kita ibarat kehilangan ketua keluarga tapi bila kita kehilangan insan yang bergelar ibu..kita kehilangan tempat bermanja..tapi bila kita kehilangan teman istimewa, kawan, adik beradik..ibarat apa..?? kalau kawan2 tahu..mungkin kita boleh berkongsi pendapat..

sepatutnya..penulisan kali ni lebih ke arah mooddy tapi aku rasa macam dah lari dari topik...maaf ye kawan2.
cuma aku harap kawan2 yang membaca penulisan aku kali ni, dapat memberi respon tentang apa yang aku katakan. maaf sekali lagi sebab aku masih baru disini. mungkin ada yang salah dari segi tulisan tapi aku masih belajar untuk jadi terbaik..kita jumpa ditopik akan datang..wassalam..!

One Response to “ ”

  1. panda says:

    salam faten... rindu adn sedih kau buat arwah xkn penah hilang... walaupun arwah dh xde, kau msih bole jlnkn tggjwb kau sbg ank.. sedekah fatihah byk2.. doakn kesejahteraan arwah di sana... jaga adik2 n ayah kau... kuatkan semangat ye...
    pada aku, kalu kite ilang sape2 pun, xkisah la family o fren, kite tetap ilang tmpt bergantung... impak mmmg berbeza tp tetap menyedihkan... kite perlu reda dgn kehendakNya...
    Moga kau kuat n genbira dgn family n kwn2..

Your Reply